Tuesday, 28 April 2015
Santai Malam
Kami akan beroperasi pada sebelah malam dari 7ptg sehingga 1pagi hari Isnin ini , iaitu bermula pada 4hb Mei 2015. Pelbagai hidangan Ala carte disediakan termasuk Satay, burger, roti canai, mee Bandung Muar dan Roti Pool Arab, operasi kami masih berjalan seperti biasa dari 7.00pagi sehingga pukul 7.00ptg - in Shaa Allah
Wednesday, 15 April 2015
Tahniah!! Cik Auni
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=990052771019853&set=a.990052734353190.1073742730.100000454187669&type=1&theater
Beliau adalah bekas partime cashier di Anggerik lapan restoran...Tahniah!!!

Tuesday, 7 April 2015
ANTARA 3 cara menjadi “magnet” rezeki:
1. Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulullah s.a.w sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, Solat Sunat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
Individu yang sentiasa mengamalkan Solat sunat Dhuha akan lebih cenderung dan berkebolehan berkomunikasi dengan hebat dan mampu menjadi “magnet rezeki.” Rezeki akan lebih mudah mendekati mereka (dengan izin Allah).
2. Banyakkan Bersedekah
Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka, jangan takut atau kedekut untuk bersedekah (mengikut kemampuan).
Pegang prinsip bersedekah umpama menabung untuk saham akhirat nanti. Pahala yang terhasil dari amalan sedekah semakin hari semakin subur dan berpanjangan tanpa henti. Bersedekahlah dengan tulus ikhlas tanpa mengungkit-ungkit dan jauhkan diri dari bersedekah untuk mendapat nama. Peganglah prinsip “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.”
3. Berdoa Bersungguh-sungguh Diwaktu Mustajab Berdoa
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar memurahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki kita seluas-luasnya. Terdapat masa dan ketika di mana ia dikatakan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Antaranya ialah:
Janganlah kita mengkhianati orang dengan melakukan pekara-pekara syirik
Sumber: Irfan Khairi

Lagipun, belum pernah kita terdengar orang muflis sebab bersedekah.

- Doa orang yang teraniaya
- Doa selepas solat 5 waktu
- Doa waktu antara 2 khutbah Jumaat
- Doa waktu solat dhuha
- Doa diwaktu berjemaah
- Doa seorang ibu
- Doa ketika sedang sujud
Janganlah kita mengkhianati orang dengan melakukan pekara-pekara syirik
Sumber: Irfan Khairi
Subscribe to:
Posts (Atom)